Bersama Selamanya.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bertambah lagi Usiamu anakku......

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Iklan

Sunday, November 29, 2009

Ermmm bila nih....

Ermm huhuhuh.. dah lama tak menjengah kt blog ni ha.. maklumlah sibuk berehat.. dalam dok berehat2 ni terpikir gak bila agaknya smpai time nak deliver ni.. dah tak larat nak bawak berut yang semakin memboyot & berat ni huhuhu.. Cuti pun dah dekat 2 mg nanti bb kecik lagi dah kena kerja lak.. huhuhuh...
Errmm jap lg kul 2 kena pi cek up.. asik cek up jer la... part paling ngeri takut kena amik darah lg.. adus mmg sakit tak hingat punyer.. tp what to do.... hope this week la penantian berakhir.. tido pun dah tak lena.. pusing kiri salah.. kanan pun salah terlentang lg lah salahhh.. tak tau nk wat per dahhh.. cm ni rupernya saat2 akhir pegnen.. serba tak kena....

Wednesday, November 11, 2009

Senaman Untuk Memudahkan Bersalin ....


Hehehe... Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti. tp aku tak pernah pun cube lag hari ni baru nak try test huhuhuhu.. Ini sebenarnya panduan utk aku dah saper sajer yang berminat maklum la 1st time sume tak tau.. Naif betui aku nih... ok lasebenarnya adaBeberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin. so ini amat sesuei utk aku yang dah over 36 weeek ni.. Meh kita layanz....


Tailor Sitting


Kebaikannya
  • Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
  • Dapat memperbaiki postur badan.
  • Melembutkan sendi pelvic.
  • Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:
  • Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
  • Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
  • Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
  • Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
  • Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.


Pelvic rock



Kebaikannya:
  • dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
  • dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:

Kaedah
  • Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
  • Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
  • Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
  • Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

Wall slide



Kebaikannya:
  • Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

Kaedah:
  • Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
  • Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
  • Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
  • Naik ke atas semula.
  • Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
  • Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding

Tanda-Tanda nak bersalin.....


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Tuesday, November 3, 2009

Epal....


Al kisahnya dah tak der story nak post kt blog ni so aku dengan berbesar hati nak citer pasal buah epal nih.. Sebenarnya epal merah ni my MIL yang sangat la baik hati bekalkan kat aku setiap pagi.. Dia kata org pegnen elok mkn buah.. kalau ikutkan perasaan pemakan aku ni aku lebih suka grape dr epal tp tak kan nak ngada2 tahap gaban lak nak request grape .. So bersyukur je org dah susah payah kasi k..

So meh kita share story pasal buah epal nih :-

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Friday, October 30, 2009

Sayu....


Salam.. Dah dekat 1 week aku tak post aap entry so inilah entry utk kali ni.. Mesti korang tertanya siapakah gerangan budak nih.. Ni adalah anak kawan baik@roomate aku masa kt Uitm tp dia dah arwah dah skang.. Dia meninggal selepas 2-3 week deliver anak dia ( Budak ni lah ).. Bg aku arwah mmg seorang yang sangat baik & tak menyusahkan org.. Bila terpandang budak ni aku teringan kenangan bersama arwah.. 3 tahun aku jadi roomate dia tak pernah sekali pun dia menyakitkan hati aku...

Sekarang umur budak ni dah 2 tahun lebih dah.. so bermakna dah 2 tahun lebih gak la arwah ziera meninggalkan kami.. Paling kesian anak dia ni lah tak pernah rasa kasih sayang ibu.. Nasib baik ada nenek yang sangat baik hati.. To Haziq aunty harap haziq membesarkan dengan sihat & jadi budak yang baik.. Aunty doakan Haziq sihat selalu.. Jgn nakal tau.. Ibu Haziq seorang yang sangat baik.. pendiam tak banyak kerenah... Tapi tuhan lebih sayangkan dia.. Insyaallah suatu hari nanti aunty datang jumpa haziq bawak bb aunty sekali jumpa haziq ek sayang...

Opss sebelah Haziq tu my prend gak sama-sama melahu kt uitm dulu.. tp sakng dah jd " hot mama" dah hehehe... Jgn mare ek eyna gurau2 jer...

Thursday, October 22, 2009

Detik2 Cem@s Sepanjang 34 Week Pegnen...

Alkisahnya. Aku terpanggil untuk menceritakan saat@ detik cemasa sepangjang aku pregnant ni.. Setakat kejang-kejang kaki, baby mengeras kt dlm tu pastu sengal badan & sakit2 pinggang tu aku dah lali dah.. Alhamdulilah tu sume under control walau kekadang menitis gak air mata aku sebab tak tahan dgn sakit tu tapi demi baby ni mama kena kuat...

Tapi ni lain kisahnya.. Sabtu lepas setelah berjalan sakan dr KL ke PD pas tu alik KL alik sempat lagi pg barbeque umah SIL.. Aku rasa penat yang amat sangat.. Sampai umah jer terus dumm.. Terbongakang kt atas katil sampai la dkt tgh hari. bangun cam biasa mandi-manda, mkn2,tgk tv pastu aku rasa something jer.. Eh baby aku gerak ke tak hr tu.. aku naik confused tp aku tunggu sambil perhatikan.. Biasanya dia kt dlm ni mmg lasak pun. Dus Das tendang sana sini.. Tp hari tu cm lain sikit.. ermm ada rasa gerak tp tak kuat cm biasa tu pun nak tgk dia gerak tu jenuh gak la aku duk pegang2 perut ni.. Sudahnya samai kepetang aku tg beberapa kali jer dia dok gerak tu pun perlahan jer.. Terus ckp ngan Hubby.. ZASSSSS terus pg HKL time tu gak...

Dlm kete sempat kene ceramah coz tak kasi tau awal.. Aku diam jer la.. Sampai HKL terus aku diperiksa satu demi satu.. Dekat 2 jam gak lah nurse Ngan doktor kt situ dok merawat aku..amik darah, peksa jantung, scan, urine sume lah buat.. tengah dok cek mcm2 tu tiba2...alahai anak mama ni dia bukan main aktifnya. Dok pusing sana sini.. Alhamdulilah.. doktor ckp mungkin mama yang terlalu letih so baby pun ikut letih & tido sama dlm perut nih,... Tp dah sampai sepital kena ukut procedure K.. Doktor suruh tg gak until 9.00Pm & kira gerakan baby dlm perut ni cukup ker tak sampai 10 kali.. Akhirnya dah pukul 8. 4o tu mama boleh discharge.. Horey boleh alik.. Tapi sebelum alik tu sempat gak singgah Jusco Coz papa nak beli barang untuk gi kursus esoknya tuh.. ENd...

Monday, October 19, 2009

SwEEt ChErry BoUncinEtte.....


Jeng.. Jeng..Jeng heheheh.. Saje jer gedik nak exposed present for my baby ni.. Walau pun belum kuar lagi awal-awal dah dapat present from aunty Fara & Uncle "M" nie.. Murah Rezeki anak mama ni .. amin... Thank bebanyak la mama & Papa ucapkan coz bagi present ni kat baby mama..Nanti klu koranag ada baby turn mama & papa lak kasi present huhuhuhu.. Tp belum pikir nak kasi apa.. So Tungguuuuuuuuuuuu.. Mama & Papa doakan agar diorg cepat2 dapat baby gak.. Mana tau pas mama deliver ke turn aunty Fara plak.. Amin... So layan la pix ni coz bouncer ni mam tak bg papa pasang lg kena tunggu baby dah ada depan mata baru leh pasang.. Kalau tak susah lak nak masuk kotak..

Sunday, October 18, 2009

With Afiqah Balqis...


Alkisahnya.. Last saturday aku pi jenjalan sampai rasa sengal otot2 aku ni ha.. mana taknya.. start tgh hari tu sampai ke tgh malam aku jln2 cari makan.. Tu pun kira lambat la jugak geraknya coz Hubby ku ni mcm2 hal la..
Aku dah lama tak jumpa ngan kengkawan ex-uitm tu.. so dah plan la nak jumpa kt wedding adik kawan aku (Adik Zura.. ) .. Plan nyer plan mula2 aku tak jadi dtg coz patutnya aku wat kenduri date tu tp kenduri aku telah dipercepatkan so boleh la aku pg.. Cadangnya nak gerak awal ntah cm mana jadi lambat campur sesat sikit2 so gedebuk gedebak baru sampai kt umah kawan aku tu.. Tp sedihnya org pun dah alik sume yang ada cuma sedara mara pengantin jer lah... Tp aku dtg ni nak jumpa kengkawan aku ngan anak diorg tapi disebabkan aku dah lmbat tahap gaban so tinggal la baby afiqah ni ajer ( dia ada pun sebab kenduri ni kan kenduri aunty dia.. so sure la dia ada kan )
Sempat gak lah aku snap pix 2-3 ngan Afiqah ni..
Time ni Afiqah pun dah meragam coz tak sedap badan kot @lapar.. so atime umminya pg buat susu sempat la aku snap 2-3 keping pix baby Afiqah Balqis nih....

Tuesday, October 13, 2009

ReSuLt BSP Aku


Alkisahnya... Semalam aku kena Refer Kt GH ( Kt Hospital Bersalain tu ler ) huhuhu... Letih tu amik darah sampai 4 kali.. Naik sengal tangan aku nih.. So far resultnya tak berapa memberangsangkan ni bermakna kena repeat lg lah nih.. Letih betui... Jumaat ni kena consult ngan doktor pulak.. ishh ni mau aku kena ceramah perdana nih.. Macam ni lah ropenya ek kalau pregnant ingatkan senang pg cek up jer tp klu ada masalah berbangkit hahaha jadi muka sepital la jawabnya.. habis satu HKL nyer nurse ngan doktor kt tempat bersalin tu aku dah kenal...
Hope anak mama tak der apa2 lah kan tak sabar mama nak deliver rasanya.. Nak kasi anak mama ni tgk dunia yang fana ni hehehe... Macam mana anak mama ni dok tendang perut mama mcm tu lah excitednya mama nak tgk anak mama ni... Hope semuanya selamat nanti... Amin

Sunday, October 11, 2009

Yang Mana satu Nih.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Alkisahnya aku tgh conpiused ni beli yang mana satu huhhu. Masa mula dulu mcm dah confirm jer nak beli sendayu tinggi tu .. Tapi bila org ramai ckp nona roguy ni bagus rasa cm nak beli Nona roguy ni plak.. Ishh dah spesis sama cm lalang susah betui la.. tak kan nak beli 2-2 tu dh out of budget tu.. ada sesapa yang leh tolong huhuhu...

Thursday, October 8, 2009

Kasut...

Tara...... inilah kasut untuk anak mama huhuhu.. Tomei Tak???

Alkisahnya... Time shoping moping last week tetiba aku ternampak kasut ni.. Aku rasa mcm kiut miut jer per lagi aku pun terus sambar sepasang huhhh mengena jugak hehehe.. Tapi tak tau la pandangan org lain kita coz mata kita kan berbeza... Oleh kerana time scan tu telah dikenalpasti baby ku ni adalah baby ko so aku amik la kaler ni ( White + Light Blue ) .. Hope sesuai la ngan baby aku nanti.. Sure anak mama suka kan coz mama dia asal kuar jer menggedik beli barang walau pun papa dia asik bising coz dah banyak sangat katanya... Hope betul la yang ni baby boz seperti yang tertera dekat mesin scanning hari tu coz papa dia dah excited suka bebenor dapat baby boy.. Siap dah ada nama.. Selama ni mama jer yang dok gedik prepare mcm2 nama papa relaks jer .. Bila kasi tau yang ni baby terus jer ckp nak letak nama ...... ( biarlah rahsia dulu.. )




Wednesday, October 7, 2009

Packing...

Tara.. dah siap pun.. sume dah ada dalam beg nun.. tg time jer nih huhuhuhu...

Papa pun sempat gak post ngan beg pink mama ni.. Walau pun nampak cm tak sesuai jer ngan papa..
Mama Tgh busy packing barang2.. papa tukang snap picture jer ...

Align CenterAksi mama& Papa pas penat packing2 barang nak bawak pg sepital.. Ala bukan papa packing pun.. Bg instruction jer ngan amik brg2 yang lain mama yang buat huhuhu...


Akhirnya... Mama dah siap pun packing barang2 nak bawak pg sepital nanti huhuhu.. Tgk la beg tu "pinknya" tak hingat.. Walau pun mengikut mesin scanning tu dlm perut mama ni baby boy tapi mama dah selamat pun beli beg pink ni..Arghhh lantak la bukan baby nanti yabg cary beg ni kan.. mama gak yang dok usungnya nantikan so ok la warna pink kan.. mama kan pompuan so sesuai la ( ayat sedapkan hati sendiri ni hehehehe.. )

Tuesday, October 6, 2009

Cuci-Cuci Baju Baby.....



Ermm.. hari Ahad pas kenduri tu sume org sibuk kemas-kemas la.. Tp aku nak tolong mmg tak mampu lah huhuhu setakat lap pinggan tu boleh la tu pun sakit pinggang sebab duduk lama la konon huhuhu... Tetiba aku teringat baju utk baby tak cuci lg so so per lagi dengan sepantas kilatnya aku amik la mana yang agak2 penting untu dicuci .. pas cuci dah boleh packing nak pi sepital dah so aku pun amik sume baju ni masuk kt dlm laundry basket pas tu humban kan mesin basuh.. Lantak la org kata baju bb tak elok cuci mesin tp aku belasah jer lah.. Ni pun ada banyak lagi benda-benda yang tak basuh.. so kira ni cuci-cuci baju baby part 1 la hehehe.. to be continue...

Monday, October 5, 2009

Majlis Kesyukuran & Doa Selamat

Sekitar Majlis doa selamat & bacaan yasin to our future baby.. Gambar waktu mkn kt khemah tak sempat nak amik coz waktu tu hujan rahmat da turun so mama kena duduk diam2 kt dalam umah.. kuar jer papa dah bising...
Tgh baca Yasin.. terasa umah ni kecik coz ada yang terpaksa baca kt luar.. Walau apa pun syukur banyak coz ramai jemaah surau yang dtg baca yasin & tahlil nih.. ( Tu dkt pintu tu papa tgh kusyuk baca yasin )


Papa tgh senyum simpul...

Mama n Papa.. Tengah Tunggu tetamu Datang...

Papa pun jadi mangsa tukang blander coz dia nak tunjuk skill pas adik dtg terus berdesup papa bangun..
Antara pix sebelum majlis bermula... ( ni tgh sibuk cooking2 nih )

3hb Oct 2009.. aku & Hubby buat pertama kalinya mengadakan majlis kesyukuran & doa selamat untuk our future ' Son' ( sekian lama scan & banyak kali scan akhirnya nampak la jugak baby aku ni ropennya baby boy.. papa dia lah org paling suka ).. Sebenarnya majlis ni menggantikan adat melayu klasik iaitu " Lenggang Perut " Tapi dalam islam tak der so ..we all decide untuk buat majlis kesyukuran beserta bacaan yasin & Doa selamat.. Semoga aku selamat melahirkan & semuanya selamat lah.. Amin... patutnya nak buat time deepavali nanti tapi time tu banyak sgt kenduri kawen so kita org buat ajerlah 3hb tu... Antara tetamu yang hadir biasa la sedara mara, Jiran tetangga,kengkawan dan yang meramaikan biasa la kawan bakal " Atuk " la ( org-org masjid kt taman aku ler ).. kt sini sempat la aku snap pix sebagai kenangan & nak tunjuk kt baby nanti hehehe...

Cerita R@ya.. Aku...


Dah lama tak berbloging rasanya.. walau pun dah agak basi aku nak share gak la cherita raye tahun ni.. hehehe .. Tp mintak maaf la gambar tak de kt aku ada pun nilah satu2 nyer tu pun kt dlm handphone hubby.. nak tunggu dia bluetooth sampai seminggu br dpt huhuhu.. raya tahun ni sama jer cam sebelumnya cuma rasa excited dengan kehadiran satu lg degupan jantung dlm perut nih...
First raya badan mcm demam tak deman jer so tak pegi memana.. ermm bila dah alik perak cargas la maklumlah kampung halaman la katakan.. so ni pix raya ke-3 time alik kg abah kt kuala kangsar. so layan jer lah..

Tuesday, September 15, 2009

Sel@ma@t Hari R@ya..


Pada muslimin-muslimat serta kengkawan yang sudi singgah kt Blog ni.. Aku nak mengucapkan selamat hari raya & maaf kalau ada silap & salah.. Balik kampung nanti hati2 ok.. makan tu ingat jgn main taram jer sume hehehe.. tu pesanan utk diri sendiri sebenarnya heheheh.. Kt sini aku ingin memgabil kesempatan ini :
Ampun dan maaf andainya...
Terkasar bahasa.. tersilap Bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu Hala
Tersasul yang tak sengaja...
Terpukul kat mana-mana
Terpekik ktt telinga
Terhantuk kt kepala
Terpinjam Harta Benda
Termoody tak semena-mena
dan sume yang "Ter" heheheh...

Salam Aidilfitri..

Uwa.. Huk..Huk..Huk.. Raya Datang Lagi Tapi...

Fuhh Tajuk cam gempak jer tapi mmg gempak lah bagi aku.. mana Tak nyer tinggal 3-4 ari jer lg nak raya tapi aku kena pg sepital.. Al kisah sebenonrnya isnin lepeh aku pg cek up kt HKL.. aku ni cek up kt 2 tempat 1 kt Pusrawi 1 lg tempat gomen@ sepital kerajaan.. Nak dijadikan citer atau pun mmg aku yang bersalah sebelum pg cek up tu aku sempat alik ipoh pas tu sempat lagi pg berbuka kt umah opah aku kat batu gajah nun.. Biasa la disebabkan kepakaran masa-memasak yang ada kt opah aku so aku pun belasah la sume yang dia masak time berbuka pose tu.. Tak kira la lemak ke manis ker masin ker sume aku belasah sampai licin.. Pas tu siap aku minum ais batu yang berbagai perisa yang ada masa buka tu tanpa segan silu pun.. At the end time aku cek up tu tekanan gula dalam darah fuyooo tinggi gila..

Time tu doktor dah nak tahan wad dah tp disebabkan patient terlampau ramai time tu so dia bg aku kelonggaran tp sok aku kena pg sepital lagi utk amik darah.. 4 kali tu kengkawan.. Dah la aku fobia amik darah ni tetiba kena lak cm ni nak pitam aku rasa.. sok aku tido baring kt sepital lah jawabnya.. kalu tak ok cnfirm aku kena admit & ini bermakna aku raya kt sepital tahun ni.. sedihnya aku rasa... uwa....huk.huk..huk nak alik kg. Nak gak raya best2 walau pun perut memboyot nih... Hope sume ok ler esok... end..


Tuesday, September 8, 2009

Speci@l Entry to My Hubby a.k.a P@Pa

Yang ni pulak pix lepas penat berperang.. tu rokok tuh tak lekang dr bibir papa ek...
Ni adalah sebahagian dari aksi-aksi nak berlawan ngan musuh tp mana musuhnya tak nampak pun.....

Jeng..Jeng..Jeng... Tara ini adalah special request entry dari My Hubby ... Alkisahnya my lovely Hubby ni suka bebenau ngan aktiviti lasak & badan beruniform ni.. Tapi tak der rezeki gamaknya so jadilah dia seorang pengutip cukai yang disegani (poyonyer... ).. Opss jagan salah sangka pix ni disnap sewaktu dia tgh menjalani kursus wataniah di pasir panjang last year kot aku pun dah tak berapa nak ingat dah .. huhuhuhu... Ni adalah aktiviti yang paling disukai oleh hubby ku yang terchenta ni... Perang Paintball.. Kalu teman idak koser la nak memain tembak2 cam ni.. buat sakit badan ajer... Tapi kata org dah minat la katakan so layan ajerlah.. To papa sure sure senyum2 kambing nanti tgk pix ni ada kt blog mama kan???? Pas ni jagan nak komen2 blog mama nih dah... Ingat senag ker nak wat sume kalu tak der sifu yang mengajarnya hehehehe....

Monday, September 7, 2009

Berbuka Bersam@ Mir Nazhan...

Yang ni lak Pix aku & Mir.. Muka Mir nampak Serius ajer.. Tak suka amik gambar ngan aunty ker?? huhuhuh...

Ni pulak aku & Hubby sempat ajer post berdua.. Luper nak nak snap pix ngan tuan umah...

Alahai Tomeinyer Mir masa Tido.. Nampak letih jer maklum lah dah penat lah tu kan.....

Cewah tajuk cam gempak gitu.. saper Mir Nazhan nih??? Kalau nak tau Mir ni anak kawan aku.. Sejak Lahir sampai la umur dia 1 year++ baru ni lah aku & hubby berkesempatan melawat mir kat umah baru diorg.. Wah cantik umah mir ni mesti la idea umminyer kan??? Biasa la kawan aku tuh bab2 melawa + mengkratifkan keadaan mmg nombor 1.. Kita org sampai awal gak lak kt umah Mir sebab sebelum pi sana tu kita org ada destinasi lain so alang2 sekali harung kan ajerlah.. Sempat la singgah bazar Ramadhan kt stadium shah alam nun..tolak sesat sikit so sempat la ptg tu main2 ngan mir jap sebelum buka.. Amboi Mir ni aktif bebebor orangnya.. suka betui duduk kt ceruk2.. Ummi dia cakap tempat faberet dia tangga.. Memang betui pun asik ke tangga jer dia huhuhu. Sabar nyer ummi budak tengah nak naik mmg aktif... Kat sini sempat la aku snap pix ngan mit tapi lupa lak nak snap pix ngan ummi & dady mir.. Sowi ler ina ek huhuhu....

Berbuka Pose @ Chop N Steak


Last Friday pas alik keje aku ngan Hubby decide bukak Pose kt Luar.. Memandangkan dah Kesuntukan masa so aku dgn pantasnya mendecide nak mkn wastern food la konon so kita org pg la kat Chop N steak kg baru nun... nasib dah booking so tak der la melilau cari meja kosong cuma nak order mkn jer tp dah lain pulak yang aku order bila dah sampai sana.. So layan ajerlah pix nih...

Tuesday, September 1, 2009

Cloth Diapers ( CD )


Koleksi Cd for My future baby..huhuhuhu



Jeng.. Jeng.. Jeng apa kebenda nye lak nih.. Huhuhu Inilan namanya CD or Cloth Diapers.. Fungsinya sama jer mcm Pampers baby yang lain or lampin pakai buang tapi istimewanya CD ni boleh basuh then pakai balik dlm erti kata yang lain "Save Budget".. Tapi kena rajin la nak wash tu huhuhu.. Kalau ikutkan harganya memang agak mahal jugak la tapi disebabkan boleh recycle balik so berbaloi la pada aku.. Harga Sekeping CD ni bersamaan dengan 30- 40 keping pampers Huggies or pampers pakai buang yang lain....
Kat Atas tu sempat la aku memperagakan beberapa helai CD untuk bakal anakku nanti.. Tu pun hasil dari main kutu ngan mummy Haziq & The geng.. Kalau tak masak jugak la nak adakannya.. Pas ni tgk tahap kerajinan aku lak.. kalau rajin sgt nak basuh boleh la order lagi hehehe...

Monday, August 31, 2009

Shoping.. Shoping.. Shoping..



Hehehehe... 3 hari cuti ni aku bershoping berhabisan.. ops bukan utk raya tapi beli barang-barang untuk future baby aku nih.. Org lain sume berkepuk shoping utk raya tapi aku relaks jer sibuk beli sume benda untuk baby jer... Tapi yang paling bestnya sume papanya yang nak bayarkan aku apa lagi horeyyyyy lah huhuhu.. ( selamat duit aku hehehe) Tapi tak selamat gak ada jer benda lain yang aku nak beli .. dah nama pon pompuan mmg cam gitulah azalinya...
Setakat ni sume barang-barang baby yang basic dah almost complete cuma nak beli pampers jer ngan sikit lg barang2 tambahan.. Pas ni turn shoping untuk barang2 keperluan mamanya pulak... Opss ada lg tak beli ni cm stroller, bouncer, baby cot tu tg la 1-2 bulan lg huhuhu... nak beli sekali harung pengsan la papa jawabnya hehehe..
Ni aku ada selitkan pix sebahagian brg2 yang aku beli sepanjang cuti wekend 3 hari ni...

Sunday, August 23, 2009

R@madhan Kali Ini....


Ha.. yang ni part paling best.. Hubby ku yang terchenta ni dok mengait buah mangga kt belakang umah opah aku.. Dah la banyak kerengga tapi dia nak jugak amik buah tu.. yang tahan tu siap guna baldi kait mangga tu tapi bagus gak idea tu sekurang-kurangnya buah magga tak pecah bila terhempas ke tanah.. Bayang kan dia boleh kait gak mangga tu walau pun tgh panas.. Kalau aku cnfirm dah dahaga tuh... Anyway Tq papa...

href="http://4.bp.blogspot.com/_957FFjnTJFw/SpI0WYBKXNI/AAAAAAAAAIw/XZy9WbeNpr4/s1600-h/Page1_24.bmp">
Pix ni pulak aksi si cilik Aleeya tengah minum susu.. Maklumlah budak tak pose asik nenen & mamam jer dia.. Aku pun tumpang sekali landing dengan Aleeya..


Ni aksi Hubby try pakai topeng muka.. maklumlah tak der keje nak wat so dia pun mulalah Banyak Keletahnya...

Ramadhan Kali ini Aku & Hubby alik kg aku.. Seronot giler.. Rasanya dah beberapa tahun aku tak sempat sambut 1st ramdhan ngan famili sendiri.. Kira tahun ni amatlah bertuahnya aku rasa... hari jumaat lepas jer kerja aku dengan cargasnya terus alik Ipoh.. hubby pun menyusul gak jejak langkah aku huhuhu... Sempat la aku berasahur kat umah untuk puasa pertama tahun ini...
Tahun ni ada kelainan sikit coz aku tgh berbadan 2.. Mula2 aku budget aku mesti tak dapat pose full day coz aku ni selera tahap gaban.. Tapi Akhirnya berjaya juga aku menghabiskan 2 hari puas tp hari tak tau lg huhuhuhu... Rasa mcm dah tak larat dah ni.. Hope boleh lah smpai ke berbuka nanti .. ermm 1st day pose aku puasa & berbuka kt ipoh.. Sempat la jengah bazar Ramdhan kt stadium nuh.. Pas buka tu pulak utk 2nd day nya kita org balik kg umah Opah.. Kt kg lg best.. Ni aku selit pix suasana puasa kt kampung

Friday, August 21, 2009

S@lam Ramadhan Al-Mubar@k....1403H




Andai Semua HARTA adalah RACUN
Maka ZAKAT adalah Penawarnya.. Dan
JIK@ Seluruh UMUR Adalah DOSA Maka...
TAQWA & TAUBAT adalah Ubatnya...

Jika Seluruh Bulan Adalah NODA
Maka RAMADHAN lah Penawarnya...
Mohon Maaf Zahir & Batin & Selamat menjalankan Ibdah Puasa...

Tuesday, August 18, 2009

kerunsingan + Rimas = Kerisauan Mel@nd@


Ermm aku sebenarnya runsing dgn penularan penyakit H1N1 Yang semakin Kritikal nih.. Setakat pagi tadi yang aku dgr berita Radio dah 67 org maut disebabkan wabak nih... Hebat betui dugaan aku Tengah pegnen nih.. Disaat aku semakin berdebar menanti kelahiran cahaya mata sulung ni semakin ramai pulak yang pergi akibat wabak nih... Baru-baru ni sorang dari opis mate aku ni dah confirm kena penyakit ni.. Lagi lah buat aku cuak...

Aku nih bukan apa rimas dok pakai mask @ topeng muka nih.. Kang kalau tak pakai apa2 hal jd susah la pulak coz aku kena pikir si comel yang kt dalam ni.. Tak per lah demi keselamatan Baby dan mama rela berimas cam nih.. Kalau pakai mask nih nak bernafas pun rasa cam semput per ntah lagi aku yang memang ada semput nih.. Ibarat bernapas dalam lumpur ( cewah mcm lah tau bernafas dlm lumpur tu macam mana kui..kui..kui..) Hari2 dpt reminder dari hubby suruh pakai mask nih.. kadang2 bernanah telinga aku dgr pesanan penaja dia.. Tp aku tau dia risau sebenarnya... So kat sini aku tempek la aksi-aksi aku ketika kuar pergi alik keje & jenjalan kt KL ni dengan memakai topeng muka... Kadang2 terdetik jugak cam nak amik cuti tanpa gaji jer nak lepak kt umah parents @ balik kg sampai lah bersalin... Kalau susah sgt nanti aku buat jer.. biarlah tak der duit pun janji selamat lg huhuhu....

Thursday, August 13, 2009

Suami & Isteri ( Untuk Renungan...... )


Di hari Jumaat Penuh barakah ini aku terpanggil untuk menge"share" Puisi ini sebagai panduan untu yang dah lama kawin.. Yang baru kawin & Yang bakal nak kawen....
Bagi yang bujang jadikan suati I'tibar....
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran.
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Suami & Isteri...

Wahai SUAMI.... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH....
Amin....

Wahai ISTERI pula...renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
JusteruKamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

"Kau menghiasi Hatiku...Yang dulu Kekosongan...Thank You ALLAH...."

Tuesday, August 11, 2009

Asthm@ku Datang Menyer@ng L@gi.



Muka Org tengah sakit Kronik nih...



Al- Kisah 10hb Aug 2009.. Penyakit aku datang menyerang lagi...Adus seksa sungguh tak tau nak kukabarkan mcm mana sehingga lah Hubby ku yang terchenta dengan pantas & Efficient nye membawa ku ker pusrawi untuk mendapatkan penawarnya huhuhu.. Thank you papa...

Wednesday, August 5, 2009

A few tips from Dr Fatma Al Zahra...

From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class

How to use the Surah Al Fatihah.....

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water.
Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning
and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.
Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the
"langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.


All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat:

(percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan
penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah
masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat

Tuesday, August 4, 2009

HomeTown Wekend..

Aleeya Yang Tengah Sibuk bermain.. Walau pun sorang2 jer.. Cayalah... Tu belum ada member lg kalau ada member naik roboh umah dikerjakan hehehe...


Orkid Kuning Plak..
Orkid-orkid ibuku yang sedang berkembang

Last wekend aku alik pulang ke hometown cewah!!! Bunyi mcm kt London Jer tapi padahal kt perak jer huhuhu.. Ari jumaat Pas keje terus alik ipoh pas tu sbtu malam nyer pulak balik bt gajah landing kt umah opah lak... Ermm smpai jer kt umah opah tgk ramai nya org .. Si kecik Aleeya ni pun tido sana per lagi puas la main @ layan keletah dia smpai letih la.. Tapi tak sempat nak snap banyak Pix.. So layan jerlah Pix yang tak seberapa nih....

Tuesday, July 28, 2009

BILA aku TELAH Jatuh CINTA.....


Hehehe Tajuk Posting ni cam gempak jer Tapi HANYA Sekadar Renungan Untuk Kita Semua ajer... Yang Baik JADIkan TELADAN & Mana yang TAK kena tu JADIKAN SEMPADAN..

Sunday, July 26, 2009

M@LaM PuL@ MeLAbuHkAN TirAinyA.....


Kini malam Pula Menjelma.. Bila ptg tadi dah penat berkubang main Pasir kt tepi pantai.. Malam pula sempat posing sambil tunggu dinner kt Restoran Terapung HM Seri Bagan.. Tgk la aksi anak-anak buah Hubby ku yang kiut miut nih..

SePEtAnG Di BAgaN LaLAng..

Sepetang Beriadah di Bagan Lalang...
Senja Melabuhkan Tirainya...

Nadira Sempat post ngan Baldi
Seronotnye Elin, Nadira, Narisha & Neely ni main pasir... Tak kasi chance langsung

Bibik Pun Nak Posing sama ala-ala bercanda main pasir tepi pantai...

MenitiArusKehidupanBersamamu....

Daisypath

Lilypie First Birthday tickers