Bersama Selamanya.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bertambah lagi Usiamu anakku......

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Iklan

Tuesday, March 29, 2011

Kegelisahan, kesedihan serta Keboringan.....

Masuk hari ni dah 4 hari my lil ezry warded at pantai medical center ipoh... Punca utamanya ezry di warded ni disebabkan high fever sabtu malam hari tuh.. disamping tu ezry mmg dah on off batuk demam selsema almost 3 weeks... 

Sepanjang 3@4 ari kt sini aku asik gelisah pikir kan anak bujang aku yang sorang nih.. mulanya aku rasa biasa jer dalam hati 3 hari conpom bole kuar tapi ni dah masuk hr ke-4 still tak bole discharge... Enchik docto bg tau terlalu banyak kahak dalam paru2 ezry sebab tu la ada jangkitan kuman dalam paru2 ezry...so kena monitor.. aku harap sangat ezry tak kan kena asthma macam ku..walau pun asthma ni dikategorikan penyakit keturunan harap2 ada miracle utk ezry.. esok enchik papa pulak dah kena keje coz dia mmg tgh bz sepatutnya memang tak bole amik leave.. dapat extra 2 hari ni pun sebab kes emergency klu tak jgn harap.. Bila papa tak der kat bilik @ wad nih aku jadi makin riso sebab bukan senang nak bg nab kat ezry nih.. memang ada nurse yang bole tulun tapi pepaham ajer la walau pun ni sepital bayo tp aku takut diorg gripe ezry kuat2 @ buat kasar2 kt anak aku.. ker aku ni jer yang ciwi nak mampus..entah la..penat pikir... nanti malam2 aku ber 2 je ngan ezry.. seriau gak tak der papa klu tak papa mmg  kejap2 jer cek temperaure ezry megalah nurse plak.. sampai kan ada satu tahap tu dia paksa nurse cek temperature ezry 2-3 kali dlm satu masa sebab bacaan termometer papa ngan sepital ni punye tak sama..adoiiiiiii .. tapi aku biar kan ajer.... aku tau dia wat sume ni of course for our sweet darlin ezry harris bucukkkkkk.


setiap kali ezry amik nabulizer( betui ke idak eja ni ) tu setiap tu la mcm nak menitik air mata aku tgk dia meronta walau pun time tu aku yang pegang dia..papa pulak yang letakkan nab tu kt ezry..pepaham ajer la papa mmg terlalu berhati2 org nyer so mmg ezry tak kan sakiit arrr kan kena paksa..1st time amik nab ni ngan aku2 sekali melalak dengan ezry.. skang ni baru aku paham apa makna air mata seorg ibu tuh.. ibaratnya setiap kesakitan yg ditanggung anak tu si emak yang lebih merasainya... hope sgt ezry cepat2 sembuh.. walau pun kt sini ezry mmg aktif tapi time makan ubat or time docto cheking cnfirm dia akan melalak punye.. penakut gak anak bujang aku ni.. tp kt umah dialah hero..



Dah lama dok kt sini aku rasa boringgggg nak mampus.. bila ezry tido pas mkn ubat mula la aku pikir bukan2.. sejak bila aku suka pikir bukan2 ni pun aku tak tau la..conpused.. walau pun bilik ni sgt selesa & segala kemudahan tersedia di ujung jari tapi aku rasa tak larat dah dok sini..Terima kasih sgt2 dekat encik papa coz meng upgrade single room utk ezry kepada deluxe room dengan duit sendiri utk keselesaan kami anak beranak.. nak buat apa pun senang tak der nak kesah org lain.. ( insurans papa cover rm200 jer semalam so kena top up duit sendiri...).. opiss??? aku tak riso sgt sebab aku bukan manager tapi segan gak la kena cuti lama la nampaknya nyer nih sure muka bosss aku lebammmm coz mg ni kena sumit repot PCC dan sebagainya.. ehh...tp aku riso gak sebab ada audit lg mg depan harap2 ezry bole discharge la sebelum jumaat ni...kalau tak masakkkkk la aku nih.... kesimpulannya jiwa aku kacooo sekaranng ni pikir anak bujang aku yg sorang nih... Ya Allah permudahkan la segalanya.. amin




Wednesday, March 23, 2011

Termometer lama Vs Termometer Baru....

Alkisahnya sume gara2 anak bujang sorang ni la... sekarang ni sume benda dia nak wat main..kalau tak dapat mau la guling2 pastu terjerit2..adoi fenin aku dibuatnya..makin beso makin banyak akal... lately ni ezry diserang pelbagai penyakit secara on off so sudah pasti la aku riso bangat.. kadang demam kuat pastu ok..  so termometer amatlah berguna bagi aku tapi disebabkan termometer ni selalu dibuat main so makanya wassalam la jawapnya...
Ni la termometer yang dimaksudkan... papa ezry yang beli ni time aku pregnant nak masuk 9 bulan..biasa la en papa tersangat concern terhadap benda2 mcm ni.. so since ezry lahir kita org guna la termometer ni utk cek suhu dia almost every day..time beli hargaya dalam rm180++.. brand omron tapi.. ada tapinya.. dah penah rosak sekali dan anto pi repair coz still under waranty ( 1 year ).. sejak ezry dah beso ni dia selalu je wat main benda nih so makanya rosak lagi... 
 
mengikut kata encik papa termometer sgt penting so memang wajib ada.. yang rosak harus diganti ...Hasilnya papa dah beli termometer baru utk ezry.. nak tgk jom....
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
 
 
Inilah hasilnya..new termometer for anak bujang kami.. kali ni pap beli brand microlife..k" infrared forehead termometer " Kalau dulu jenis masuk kat telinga kali ni jebis tembak kat dahi la pulak.... Tq laling...aku suke termometer ni coz it's easier than prevoius termometer... harganya rm 260 afta diskaun rm210 hope worth it... TQ sekali lg to encik papa coz menyediakan bajet utk kemudahan bersama ceewahh... ayat bodek la plak.... Nak tau kenapa aku suka sebab :-

Termometer nih lebih mudah digunakan , bg kanak2 mcm ezry yang tak reti diam ni just tembak kt dahi for a few second jah.... lagi satu dia ada display kaler sekali once kita tembak kt dahi if kaler hijau mcm pix kt atas tu means ok la.. kalau merah lak yang kuar tu tandanya demam la so easy kan??? kalau yang lama pulak just kuar bacaan suhu je takde kaler2 so kena tahu sendirik la klu 36 darjah tu ok klu 37++ tu dah kategori demam... jenuh gak nak ingat kan bg aku yang dah makin pelupa nih.. sesapa yg berkira nak beli termometer tu aku suggest kan beli yang ni.. walau pun mahal sket tapi senang sgt nak pakai... senang gak nak measure..

Ini lah rupenya..kasi closed up sket huhhuhuh.... Harap ni bole guna berpanjangan la... yang ni ada waranty for 2 years.. harap2 tak der la kena keja ngan my lil ezry lagi.. yang ni pun aku sorok..kalau ezry jumpa harussssss la sama nasib dgn termometer lg 1 tuh...

Inilah budak yang bertanggungjawab yang merosakkan termometer tuh.. tgk arr dia wat per.. main tekan jer pastu masuk kt telinga dia...fenin mak cik adehhh...

Wednesday, March 16, 2011

Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat.....

Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu. “Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan. Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.
Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak. 
Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram. Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu. 
“Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian,” katanya.
Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my

INFO: Bisphenol A (BPA)
  • - Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  • - Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • - Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • - Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • - Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • - Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
  • - Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan..
Nota Kaki : kredit to Kak shima atas kiriman info yang sangat berguna utk para2 ibu nih...

Thursday, March 10, 2011

Anak ku yang semakin Naughty....

3-4 ari kebelakangan ni my naughty boy diserang batuk + selsema & demam... Sangatlah kesian melihat keadaanya Ezry yang tak berapa selesa.. As a mummy aku dah cuba yang terbaik utk jaga dia... hope my laling cepat sembut nanti next month kita nak gi sabah. dah 2 kali pi klinik tapi tak banyak perubahan.. Since lahir ezry jarang dapat penyakit maybe sebab penjagaan yang rapi & sangat particular tehadap sume benda so ezry membesar dgn sihat.. Thank's to opah ezry yang sanggup bersengkang mata demi cucu tercayanag... demam sikit2 tu biasa la..huhuhu... SInce lahir memang hari2 both of us akan cek suhu ezry.. twice per day... maklumlah kan ada reminder dr en papa..klu tak buat laporan kt dia sure dia akan tanye.. Itulah hubby ku yg sgt2 cerewet bab penjagaan anak yang dikasihinya....So ibu2 make sure ada termometer di umah senang nak pantau anak demam ke tak.....Bagi aku beli la yang elok sket walau pun beratus tapi accurate.. tak kan baju @ menda2 lain boleh perabis duit Sampai sanggup pose tapi termometer beli yang ala2 jer... uishhh dah melalut lak penasihat tak bertauliah....

Betui kata org masa baby lain peal nye dah beso lain lak.. sama la gak ngan anak bujang aku nih..dulu kecik senang je aku sumbat termometer dalam telinga dia pas tu tg jap then terus tau..skang ni harus berperang dulu yer baru dapat tak pun  tgk nih :- 

  my anak bujang nak cek sendiri suhunya yer.. mungkin ezry training nak cek suhu org nti bila dah jadi docto kot...Kalau tak dibagi habis la di amuknya.. mmg leh wat temperature aku lak yang tinggi tau....

 Kalau tak dibagi harus lah terus terguling-guling macam nih...adoi bikin napas sesak tau..

Kalau tak dapat jugak lagi harus keluarkan perisai air mata  sambil guling2 ala hindustan  sampai apa yang dihjati dapat yer.. mmg bole meroyan mama dibuatnya..pujuk pun tak mau...

Lepas sume dah settle tinggal jer termometer tu ye en docto kecik..nanti mama ngan opah akan kemas & simpakan..esok saya nak pakai lagi yer... mcm tu lah perangi ezry skang ni... laling cayanggggg mama bukan tak kasi ezry cek suhu tapi menda ni bukan utk wat main taw.. dah sebakul mainan ezry mama beli ezry main la sampai lebam tapi termometer ni utk kegunaan yang sgt penting..lagi pun nanti adik ezry pun nak pakai termometer ni jugak.. klu dah rosak mcm mana??????

Tuesday, March 8, 2011

Mr Ensem @ Playground......

Alkisahnya sejak dapat kaki ni la 1st time mama bawak ezry gi playground.. jauh tu dari Ipoh kita gi Kuala Kangsar hehehe tapi sebenarnya ada hal lain2 alang2 dah samapi so per lagi kan.. Mama tau ezry mesti suka kan?????
 Pix ni otw nak gi... dalam kete bukan lagi bertopi bagai bila dah sampai topi ntah kemana tuan topi pun ntah kemana..alahai la anak penat mama bergayakan dia tp sudahnya hampehhh..adoiii anak bujang mama nih..
Ezry paling suka naik gelonsor ni siap konker lagi org lain nak naik pun tak bole... alahai harus ke beli gelonsor sendirik letak kat umah jer nanti huhuhu.. hari tu dah survey kt Toyrus huhuhuhu..mcm nak beli tapi kang nak letak mana..sure opah mengamuk la umah dia dah mcm taska skang nih..segala mak nenek barang sumbat kt umah opah kan.. maklum la ezry kan dok sana so terpaksa huhuhuhu..tg la papa dapat tukar nanti clear la umah opah yer hehehe...
Tengok ni bukan main seronok lagi mr ensem mama nih kehulu kehilir kat palyground nih.. dari kejauhan ( cewahh ayat tak hingat ) mama nampak ezry macam budak beso aje...dalam hati terdetik dah beso dah anak aku nih.. terharu rasa nak menitik air mata ..tetiba feeling poyos plaks.. tak sangka skang aku dah ada anak yang cumil& keletah ni...( puji anak sendirik plak ). Bila tgk jer ezry sume penat automatik ilang tapi klu dia wat hal tu mmg bole meroyan dibuatnya taw...
Alang2 dah sampai kan harus la cuba sume yang ada kan.. lagak ezry ni mcm org dah umor 4-5 tahun.. nak pegang tak bole ok sume nak wat sendirik.. kang jatuh ke apa sapa susah?? mama gak kan??
Hari pun nk beransur petang.. so kita kena pulang la kan..tapi ezry tak nak plak balik..penat gak la pujuk... tu tgk arr muka dah start masam2 bagai.. alamak ni yang tak best ni..tapi tak kan nak tido sini plak kan..
Sebelum pulang haruss isi perut dulu kan.. tgk ezry yo..oo ajer ngan oren tin tu padahal tu mam yang punyer tapi klu tak kasi dia main habis la satu kedai makan ni dgr sore ezry melalak so utk diam kan  ezry bagi jer la wat main... mcm selalu klu gi k.kangsar kita akan singgah gerai mi kuah ni...
Tata titi tutu nak balik dah... next time kita gi lagi yer..huhuhuhu

Tuesday, March 1, 2011

Edisi Meroyan Terlebey Sudah...

Ngehh..Ngeh..Ngeh Tajuk Posting tak bole blah..kui..kui.kui.. Actually saje jer nak citer kes mama ezry yang dah terlebeh shoping ni sebenornya.. tapi kan mostly mak2, ibu2, mommy yang bekerja pun sama kes ngan aku kot.. mesti setiap bulan korang akan spend some amount utk anak korang kan???? Bila korang dapat je beli apa yang korang nak sure hati berbunga2 mcm aku walau pun dah banyak kali ditazkirahkan... Bagi aku tak salah kita beli untuk anak asalkan sume keperluan wajib diutamakan terlebih dahulu kan??? En hubyy ku yang dikasihi selaju je bising2 dia kata aku banyak membazir.. Tapi bg aku la kan wat apa penat2 keje bagai.. Dah tentu la korang keje untuk diri korang & anak korang serta tampung kat mana yang kurang kan so ape la salahnya menghepi kan diri sendirik...... Tapi aku selalu jer mengomel kat ezry  ( Walau pun ezry tak paham apa yg aku ckp ) aku ckp kat dia mama beli ni bukan tujuan untuk manjakan ezry or what ever tapi mama suka tgk ezry ada benda2 cm ni...  lagi pun tak der la aku beli benda2 yang beratus + beribu ikut bajet gak la... Tak de la nanti ezry kempunan masa kecik tak der mende2 ni mcm aku dulu.. Tapi En papa lak lain.. aku tau dia dr kecik dah di train ala2 askar  gitu so klu nak apa2 pun susah nak dapat + adik beradik ramai lagi ( 7 owang sume ).. aku ingat lg en papa  ckp dulu klu nak beskal kena exam dapat no. 1 dulu baru dapat patut la sume adik beradik papa pandai2 belaka...uishhh dah terover citer lak citer aku ni so mengkome nak tgk tak apa yang aku dah buat heheehehe .. so Jom layanz...

Tara... Kasut for my ezry Harris.. Since dah dapat kaki ni aku tak penah lagi beli kasut dia so ni kiranya kasut pertama yang aku beli afta my anak teruna ni dah jalan terkedek-kedek (Kasut ya bukan sandal ).. Ni kes terjebak la time lunch our gi pavillion with fara & kak Nab.. Pada awalnya aku dok aim kasut clarks tu..perabih aku survey .. kt sogo kt isetan perabih aku belek2 kasut ni. harga rm 120 no diskaun so  harus dipikirkan.. Last2 kt parkson pavilion ari tu aku belek2 kasut Osh kosh ni.. mcm ok jer lagi pun ringan je so mmg tak menyesakkan anak bujang aku nak berjalan pakai kasut ni... yang penting time ni ada less 10% so afta less dapat la rm 89.10.. ( lagi pun esok nya dah gaji so dengan senang hati aku beli kasut ni).. so tamat la kisah kasut utk anak bujang ku.. tapi ada lagi heheheheh nak tau apa dia????
Hahahaha ni dia botoi susu baru utk ezry.. botol nih aku share beli ngan izan.. hari tu time gi mothercare kitaorg mcm dah berkenan nak beli botol ni tapi time tu no pulus so tangguhkan la dulu hasrat.. kebetulan time sogo warehouse sale last week aku gi menerjah sogo lak.. sekali jumpa botol ni rm 40.70 murah rm 10 from mothercare terus sambar je..pastu aku sms izan tnye dia nak ke tak??? so berkongsi la kami amik satu sorang .1 for ezry & another 1 for esya..  so settle dah bab botol susu..continue apa seterusnya ngeh..ngeh.ngeh
Yang ni plak kes aku termeroyan nak beli menda nih..huhuhu hari2 dok balik keje singgah kat toyrus KLCC aku nampak benda so setiap kali singgah setiap kali aku belek.. mcm berkenan jer.. patutnya aku beli menda ni mg ni tapi disebabkan tak sabo nak bagi kat anak aku terusss jer aku beli last friday ngeh..ngeh..ngeh.. paling penting dapat less harus la beli kan..next N3 aku citer apa anak bujang aku wat ngan girafe ni...
Ni plak kes dah lama tak shoping online.. huhuhuhu...dok belek2 blog aku jumpa carters set ni.. so start la men survey .. Last sekali aku jumpa paling murah kat Kiddies bazar rm 30 ja 1 set.. mostly diorg jual rm 35 ~ rm 40 so alang2 dah murah aku rasa terus order je so baju pun dah selamat sampai tinngal nak pakai je lagi..
Hehehe yang ni plak freshh from oven baru je beli semlam.. bukan apa dah lama gak la aku aim baju ni kt mothercare tapi tak de diskaun-diskaun pun huhuhuhu letih dah tunggu.. so semalam balik keje aku singgah sini per lagi teruss je beli... bukan apa aku dah banyak kali servay baju thomas n friends ni kat jalan belakang tapi quality nye ala2 sket klu dapat kt anak bujang aku mau rabak lagi pun mcm mahal jer klu standard kt belakang tuh..baik aku beli yang dah tentu2 quality nya.. baru puas hati hehehehe....maka sekian la dulu sejumlah wang yang telah aku belanjakan utk anak aku utk this month.. beratus gak la duit aku abesss..sedeyy bila tgk wallet  dah makin kempis huhuhu ..hari ni baru 2hb huhuhu so kena la belanja berhemah start arti ni kuikuikui...

MenitiArusKehidupanBersamamu....

Daisypath

Lilypie First Birthday tickers