Bersama Selamanya.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bertambah lagi Usiamu anakku......

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Iklan

Tuesday, November 30, 2010

01122010 Ezry Dah Setahun.....

Alhamdulillah syukur kehadratnya.. Hari ni genap sudah usia cahaya mata mama & papa setahun.. Rasa macam kejap jer masa berlalu.. Rasa macam baru semalam aje mama dok termengah2 usung pewut yang besar memboyot....Hari ni Ezry dah setahun pun.. Dah makin nakal & banyak keletah.. Saat melahirkan Ezry tak terucap dengan perkataan serta tak tergambar dengan lukisan hanya Allah jer yang maha mengetahui Segalanya..  Masa tu lah mama tau betapa besarnya kuasa Allah serta tak terucap nikmat yang diberi  kerna tak semua org akan melalui satu pengalaman yang berharga ini.. Amin....

Anakku sayang,
Mungkin Mama tidak mampu,
membina sebuah istana,
dihiasi dengan warna pelangi,
untuk kau berlari dan ketawa,
menghilangkan segala nestapa,
berganti gembira....
Anakku sayang..... 
Mungkin Mama tidak mamapu 
Menghimpun segala kemewahan utk kau miliki
Memenuhi segala apa yang kau hajati
Namun anakku Sayang..
Mama punya cahaya kasih
Yang Tidak Pernah akan padam untuk menyayangimu
setiap masa dan ketika
dan dalam hati ini...
Ada sebuah istana yang cukup indah kerana dikau adalah rajanya
yang menjadikan segalanya cukup indah & sempurna....
SELAMAT HARI JADI  EZRY HARRIS RASHA AZARI..
Semoga ALLAH Memberkati setiap detik degup napasmu...

Thursday, November 25, 2010

Bil@ Aleeya Mengasuh Ezry.....

Alkisahnya... Aleeya ni adalah merupakan  ibu saudara kepada ezry coz aleeya ngan mama ada sepupu walau pun nampak macam tak sesuei jew.. Almaklumlah kan umor mama dah banyak tp Aleeya br je 5 thn..agak lama lah gak kita tak jumpa aleeya ni..last jumpa raya pose kot.. lama gak la kan hehehe.. dulu bukan main tembam lg skang dah selim- melim ni mesti kes mkn hati coz dah ada adik skang hehehe.... Walau pun ada asik tp aleeya ttp gagahkan diri nak main2 merangkap megasuh ezry la kunun.. tgk jer la pix nih macam dia kerjakan  ngan ezry... Ezry lak relakan aja dikerjakan oleh aleeya ...
Bukan main seronok lagi 2 beranak nihhhh main tak hingat ..sampai bersepah habis umah moyang dikerjakan diorg nih,.. Ezry lak siap bawak beskal dalam umah lagi sume dilenyeknya..Memang seronok betui kan jadi budak2 ni tak der apa nak pikir hahahhaha...

Wednesday, November 24, 2010

Bila Ezry Balik Kampung....

Alkisahnya agak lama gak la mama & ezry tak balik jenguh moyang & opah Ezry kt batu gajah so sempena cuti raya haji ( unpaid leave taw ) mama decide stay ngan ezry kt kampung.. so Encik  papa pun hantarlah kami 2 beranak balik kg.. tak lama pun 3 hari 2 malam je.. Bukan main suka lagi moyang Ezry dapat jumpa Ezry ni.. Mula2 sampai jer ezry panas enjine dulu melalak tak hingat coz sume org dok kerumun dia..jenuh gak la mama & papa pujuk afta a few hour baru la ok....Ezry..Ezry huhuhuhuh...

Bila petang menjelma wah bukan main seronok lagi Ezry dapat main kat luar. Mak lang pulak volunteer nak tolak ezry naik beskal jalan keliling kg apa lagi pucuk dicita ulam mendatang la kan..silakan la maklang utk mengasuh ezry.. Rupenya beskal itik ezry nih ada aura yg kuat lak coz ada gak bebudak yang nak main2 ngan ezry tp ezry lak eksyen tak mo main ngan diorg ..apa lah ezry ni tak baik taw..Sombong pulak...
 

Akibat terlalu sombong makanya nyamuk2 sekelian telah mebaham ezry tgk jer la muka ezry ni abis kena gigit nyamuk.. sian anak mama.. walau pe pun ezry n mama hepi jer dok kt kampung huhuhuhu.... thanks to moyang & opah ezry coz masak yang sedap utk mama ezry..patut la berat badan mama ni tak turun2 asik naik jer hahahaaha

Mandi Time ....

Semejak dah beso ni kalau bab mandi jer memang la ezry suka bangat.. tgk la pix ni bukan main lagi dia.. kalau masa br lahir dulu mandi jer sure melalak macam kena dera tp sekarang melalak tu tetap ada tapi melalak sebab nak pegang paip n jirus sendiri macam la terror sgt....Kang tersalah siram tak pasal lemak la..kalau ada acessori lain masa mandi lg la suke benor.. ni dah boleh bawak gi swimming pool ni.. En Papa bila nak gi cuti-cuti malaysia ni????
Dah puas berendam & main air dia buat part time cuci bathroom lak..haishhhh memang macam 2 hal la anak bujang ensem mama nih.. kang kalau tak bangi kang habis diamuknya satu umah.. kalau dilayan mmg menjadi la mcm pix kt atas nih.siap boleh posing lg sambil mandi... Langsung tak diam..Ezry oh ezry.. makin banyak akal sekarang nih...

Monday, November 22, 2010

Aqiqah Buat Ezry....

Sempena dengan raya Qurban ni mama & papa Ezry sempat melaksanakan Aqiqah untuk budak ensem nih..Alhamdulillah tertunai sudah kewajiban ini.. sebagai parent kami memanjat kesyukuran ke hadrat yang maha esa kerana memberi kami kesempatan & rezeki untuk melaksanakan tanggunjawab ini..Aqiqah ini dilalukan di surau taman perumahan atok Ezry kt Ipoh Perak bersempenan dengan raya Haji tahun ini.. 2 bahagian dr seekor lembu telah di aqiqah kan untuk Ezry Harris Rasha Azarzi..So moh kita layanzzzz gelagat Ezry & papanya nih:-
 Ezry & papa baru samapi kt surau tempat nak wat aqiqah nih... siap berpayung tu takut anak kesayangan kena panas tuh..Ezry terpinga-pinga jer tak paham apa yang berlaku...
 Antara Lembu2 untuk Aqiqah dan Qurban yang telah siap sedia huhhuhuhuh
Siap sedia untu disembelihkan...ngeri gak la mama tgk sampai nak pitam gak huhuhuhu
Telah selamat disembelih...
Ezry yag masih teruja tengok lembo yang disembelih  walau pun papa dah bergerak jauh dari lembu tersebut...
Papa & ezry bersama opah n the geng lepaking  sambil sembang2 sementara tunggu turn untuk memasak lembu tadi.. Ezry lak sibuk dok intai kipas danial (dalam hati sambil berkata kalau aku dapat kipas ni sure akan ku jahanamkan seperti yang terjadi pada kipas ku hehehe)
Bergambar kenangan di hari raya haji Tapi gambar lak blurrrr..adoiii..


Sunday, November 21, 2010

Eidul Adha Tahun ini-2010

Tahun ni merupakan tahun pertama Ezry sambut RaYa Qurban.. Last year Ezry still dalam pewut mama lagu... afta 5 ari raya qurban baru lah ezry kuar huhuhuhu.. This year mama & papa wat Aqiqah untuk ezry sekali.. Alhamdulillah syukur kerana sume dah selamat.. entry pas ni kita citer pasal aqiqah k.. sebelum tuh meh layan gamba ni dulu...

Ezry & Papa segak berbaju melayu. 2-2 sengih  jer

Ezry dah mula merenget coz ezry nak pegang handphone & amik pix sendiri huhuhuhhu..papa lax maintain sengihhhhh jew..

Mama & son Di pagi raye...

Mama , Ezry & papa di pagi Eidul Adha...

 Ezry yang tensen coz tak mo dipegang lagi dah...







Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha....

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]

Sunday, November 14, 2010

Ezry oh Ezry...

Semenjak dua menjak dah pandai nak main..makan pun berselera makin seronok mama tgk keleteh ezry ni.. Walau pun penat dok travel ke hulu kehilir tapi nampak jer muka si ensem mama ni sume hilang.. nak-nak time ezry jemput mama kt Railway nampak jer mama terus kerkapai tangan ezry nak gi kat mana.. rasa macam nak terbang je mama peluk ezry tapi boleh ke mama yang berat  ni terbang hahahaha..musykil..mysykil hehehe.

Tgk ni Ezry sentiasa tersengih macam kerang busuk jew...

Ezry sempat cak-cak dalam kete..kat mana2 pung asik nak main jer skang nih..
 
My Lovely Son... Ezry Harris

Thursday, November 11, 2010

BerSantai di Kuala Kangsar..Peyrock

Ahad Last week mama & Ezry telah menyibukkan diri dengan megekori tok & opah Ezry gi Kuala Kangsar.. Bukan apa rasanya mcm tak pernah je bawak ezry gi kuala so apa lagi zasss jer la dah ada peluang hehhe.. Ezry lak kalau bab naik kete jer mmg suka so memang mengena la..
Mama & ezry otw to Kuala Kangsar.. Ezry nenen dulu coz nanti dah sampai tak yah sibuk2 ngan botoi nenen lagi dah.. huhuhuhu

Dah sampai pun @ dataran sungai Perak.. Adoi berat gak nak dokong Ezry nih.. Pix ni mama & Ezry baru pas menjamu selera dekat restorant feberet opah dkt dataran g perak ni...

 Ezry sangat teruja dapat tgk sungai ( Dalam hati sure rasa mcm nak terjun je kan???)

 Lepaking at pelantar boat Sungai Perak huhuhu..ezry dah mula tak mo dok diam macam la pandai sgt nak jalan...
 Ezry yang sombong.. pandai tul wat muka belagak nih..

Me & My SweetHeart.. ( ezry tak abis2 berangan nak terjun sg ler tu )

Wednesday, November 10, 2010

Ezry ngan Beskal Barunya @ Itik Kwek..kwekk..


Taraaaaa..ni lah dia beskal itik kwek..kwek Ezry..Skang nih ezry dah ada beskal sendiri so kt dalam umah pung naik beskal luar umah pun nak naik beskal gak sian opah Ezry kena cuci tayar beskal ezry nih...
Tengok pix ni bukan main lagi ezry ni suka bangat dapat naik beskal... sengih memanjang.. nak pulak ramai lak yang puji dia  & beskalnya makin kembang kempis la idung si Ezry nih..huhuhuhu..macam dia sorang jer ada beskal
Dalam umah pun bising suruh org letak dia dalam beskal ni.. selagi tak dapat bising jer mulut dia.. dah dapat kemain lagi sengihnya...
Makan petang pung nak naik beskal taw.. adus anak mama nih mengada-ngada betui dia skang nih


Sunday, November 7, 2010

Saya Yang Sangat Busy...

Semenjak mencecah usia 11th month ++ ni saya telah menjadi budak yang sangat  bz.. setiap hari ada je kerja yang saya nak buat sampai kan mama saya naik tensen dengan saya tapi saya tak peduli sebab mama kan sangat- sangat dengan saya..... so dengan senang hati saya boleh mem bz kan diri saya dengan macam2 aktiviti kegemaran saya.. kalau tak percaya cuba tengok nih :-

 

Last week mama bawak saya datang KL untuk antar tok mi & Tok Bah gi Mekah... Fuh seronoknya hati saya.. Selesai je antar to bah n tok mi saya balik umah tok mi kat keramat.. oleh kerana tak der org dekat sana so saya sgt busy kuar kan sume majalah yang mama susun so inilah hasilnya.. saya telah berjaya menyepahkan & mengoyakkan majalah  itew.. 

 
Semejak saya dah boleh berdiri dengan sendiri saya bebas nak kuarkan sume mainan dalam bakul so saya sangat lah hepi.. saya bebas nak kuarkan apa yg saya suka tak payah nak follow apa yang mama bg lagi  utk saya main sebab sekarang saya kan dah besar...

 
Dulu masa saya kecil saya  hanya mampu baring jer di atas bouncer nih tapi sekarang tidak lagi.. saya dah tak perlukan mama untuk letakkan saya di atas bouncer ni lagi sebab sekarang saya dah boleh panjat & naik sendiri..segala toys yang ada dekat bouncer ni pun telah saya nyahkan sebab mengganggu aktiviti panjat memanjat saya hehehehe...




 
Sekarang ni opah saya dah tak payah susah-susah lagi nak jawab phone bila telepon berdering.. saya dah boleh tak over kerja opah saya .. bila telepon berdering sure saya akan cepat2 pergi  & panjat meja telepon ni.. mana lah tau kan kalau mama yang kol senang la sket kan huhuhuhuh....



 Last sekali mama belikan walker ni utk saya belajar berjalan tapi saya sgt suka buat aksi menirap atas walker ni supaya mama boleh cepat2  ambik saya takut  nanti saya terjatuh coz walker ni kan tak der lock.. lagi pun mama takut kena marah kalau2 saya terjatuh lagi akibat walker ni..... hebat tak saya sekarang???? mesti hebat kan sebab saya dah berjaya  tukarkan mama saya menjadi tarzan hehehe... itu belum masuk lagi kalau saya sepahkan baju yang dah dilipat serta punggah sume besen @ pingggan mangkuk opah saya..... ok la setakat ni dulu sebab saya mmg bz nanti mesti mama akan hapdet lagi ke bz an saya ni kan..

Wednesday, November 3, 2010

Ezry dah 11 Bulan dah....

11hb November 2010 hari tu genaplah permata hati mama ni sebelas bulan... dah makin beso dah si bujang ensem mama nih... next month dah genap setahun so boleh la wat besday party nih... dari pengamatan mama ni Ezry tak mungkin dapat berjalan sebelum mencecah usia setahun ni.. tapi tak pe la janji ezry sihat & selamat dah la...


Ezry ni budaknya sangat lah aktif.. dia akan senyap bila tido je walau pun tak dapat kaki lagi tp segenap pelusuk umah telah ezry jajah.. sume drawer & almari telah berjaya ezry bukak terutama wardrobe ezry sendirik.. Abis sume baju dia tarik kuar & sepahkan.. kadang2 mama dah betukar jadik tarzan bila ezry wat camtu huhuuhuhu...sepatutnya ezry yang takut pada kucing acu tu tapi sekarang terbalik sudah kucing plak yang takut ngan ezry.. 

Mama harap ezry membesar dengan sihat & selamat... Jadi budak yang cerdik & pintar.. dikurniakan kesihatan yang sempurna serta diajuhi segala bencana.. paling penting dengar cakap mama & papa.. LOVE U SO MUCH.. Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... Tak sabar nak ju,pa ezry ptg nih ....



Ezry yang botak .. papa yang gondol kan kepala dia last week

Monday, November 1, 2010

Selamat Menunaikan Fardhu Haji Tok Mi & Tok Bah Ezry

 
30hb October 2010.. Tok Bah & Tok Mi Ezry berangkat ke Tanah Suci Makkah..... Semoga Tok Bah & Tok Mi Ezry selamat pergi & selamat kembali  serta selamat menunaikan ibadah haji.... Hope segala perjalanan To Bah & Tok Mi disana  dipermudahkan dan semoga mendapat haji yang mabrur.. amin
Inilah Tok Bah & Tok Mi Ezry..pix ni time kt Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya...Menuju panggilan Haji .. semoga Abah & mi selamat pergi & selamat pulang ...

Sebahagian dari famili yang hantar Tok Bah & Tok mi kt kelana Jaya....
 Suasana di perkarangan Kompleks Tabung hari bersama Kaum Keluarga.. Ezry tetap maintain " cool " walau pun panas terik...
 
Bergambar kenangan bersama sebelum berangkat.... tak silap ni la 1st time kita bergambar ngan tok bah & tok mi sepanjang kelahiran Ezry almost 11 months...


MenitiArusKehidupanBersamamu....

Daisypath

Lilypie First Birthday tickers