Bersama Selamanya.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bertambah lagi Usiamu anakku......

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Iklan

Sunday, February 7, 2010

Tag Love Finding ..

T@g Love Finding From mummy H@ziq
Ermm.. hajat di hati nak post entry baru ni tapi sebelum tu pi explore blog kengkawan dulu .. Tiba2 tanpa ku duga rupenya si mummy Haziq ni telah mendedikasi kan tag ini buat aku.. So mari kita Layans...

1. First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
~ Ermm fist time jumpa of course la dekat uitm di hatiku hehehe.. Masa tu mama budak baru ( budak junior le katakan ) Tetapi papa ezry ni adalah super Duper Senior. Time ni ada karnival dekat uitm so mama kena paksa rela untuk jaga pameran.. kesian budak baru sure la kena menurut perintah senior.. Time tu papa ezry tgh membawa hati yang lara ( Tgh frust ). Walau pun dah takder kena mengena ngan uitm lg tp papa nak menenagkan fikiran so datang la melawat uitm.. Tup..tup..tup terjumpa pulak dengan seorang gadis jelita ( Perasan Giler...).. So disinilah bermula.....

2. Love at first sight?
Tipu la kalau mama cakap yer.. ( sendiri mau ingat )

3. Who is he when the first time you met him?
Hahaha Penganggur terhormat.. Maklum le baru pas abis study.. tengah tenang-tenang kan pikiran la konon.. Tak lama pas tu papa dapat offer masuk Malaysian Flying Academy ( MFA ) Tapi dah bukan rezeki .. So jadilah seorang pengutip cukai yang berkaliber.. Keje la dengan LHDN sampai sekarang ( tapi sebelum tu ada la 2-3 keje yang papa buat tp malas la nak citer panjang lak kang jawapannya )


4) How long it takes for him to ask you out for a date?
Off Course la 1st time kena reject dulu pas tu ada la 2-3 kali kot.. entah la tak berapa nak ingat bukan apa mama takut kalau2 papa bawak mama lari ke cewahh.. ( triller betui mama pikir time tu )


5. First place dating?
Kat Tanjung Bidara Melaka time tu petang pas abis kelas tau.. Tapi yang kelakornya time kt tanjung bidara tu terjumpa dengan classmate pulak .. Adusss kantoi la pulak.. bila isnin tu dekat dewan kuliah ada sorang mamat ni ckp cm ni " jalan2 tepi pantai ke kak" abis sume kawan mama tau.. Gerammm betui time tu tak leh simpan rahsia betui la.. Time ni mama malu2 kambing.. maklum la tak biasa nak-nak mama pulak kan pemalu orgnye.. tak gitu.. Papa cam biasa tunjuk macho sembang2 pun ala-ala gitu

6. How he proposed?
Biarlah rahsia... cewahhh mcm siti nurhaliza pulak...


7. Special date with your hubby?

15.02.2002 : First Time terjumpa kt uitm Lendu.. ( boleh gitu terjumpa ek..)

09.02.2006 : Bertunang..

07.07.07 : Kawen...

11.04.1977 : Birthday Papa

23.05.1981 : Birtday mama...
01.12.2009 : Ezry Harris Rasha Azarzi selamat dilahirkan...


8. Changes that he asked you to do?

Entahlah tak pasti pulak.. ( mama tak pernah tanyer pun ) tgk la pasni nak tanyer la..

9. What is about him that you love so much?
Coz papa adalah Papa kepada Ezry & suami kepada mama... dan ditakdirkan papa adalah jodoh terbaik buat mama walau pun kehidupan ini kekadang tak semudah yang kita janjikan & tak seindah yang kita mimpikan... ( Dalam tu maknanya tau )

Kalau mama baik pada papa..papa pulak berganda2 baik pada mama & ezry..


Seorang ayah yang sangat-sangat menyayangi anaknya..


Rajin basuh baju.. hehehehe...



10. What is about him that you wish he would change?

~ Emm jangan jadi seorang yang terlalu detail sgt.. pening mama nak layan...

11. You will lose your mind and crack your head when he..


Ermmm.. Banyak sgt nak tulis ni hhehehe..

12. You will smile through your eyes for the whole day when he..
Bila Papa spend the whole day & Time utk mama & Ezry without kuar pg kedai repair kete ok. Bertambah gumbira lagi bila ajak pg shoping moping hehehe.. pastu pulak kalau shoping papa belanja apa yang mama nak without any objection ok.


13. Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as.. Seluas alam semesta ciptaan Ilahi...


Melayari Saat Bahagia Bersama....



Lahirnya.... Anugerah yang tidak ternilai.. Ezry Harris

So sekarang mama dedikasi kan tag ni buat:-

1) Mama Raisya... Dah lama tak Updated blog tuh
2) Farrah.. Tgh merindui hubby yang jauh dimata tp dekat di hati & di alam cyber
3) Eyna.. Umi kepada mir Nazhan yang sedang memebesar
4) Izan.. Tgh menghitung hari menunggu kelahiran anak sulung
5) Kak Ikin.. Ibu kepada Ashraf yang makin hari makin kiut miut & banyak keletah

Jangan lupe buat tau..

4 comments:

  1. ermm tag ni syiok..wahhh tag pertama dituju wat mama raisya..pending dulu k..mood kemalasan..kuang2

    ReplyDelete
  2. wah tag yg bagus nie..ermm tag pertama ditujukn wat mama raisya nie..adess..ya ampun..kemalasan melanda utk update blog..pending dulu tag nie ekk.. ahaks :-) ezry makin tomel ler.. :-)

    ReplyDelete
  3. aduyai.. kena perah otak nak ingat balik..iyalah.. dah dekat 20mtahun tau citer akak ni.. takpe.. nanti akak cuba..

    ReplyDelete

MenitiArusKehidupanBersamamu....

Daisypath

Lilypie First Birthday tickers