Bersama Selamanya.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bertambah lagi Usiamu anakku......

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Iklan

Wednesday, July 9, 2014

070707~070714


Alhamdulillah syukran padamu Ya Allah... 07072014 hari tu... genaplah usia Perkahwinan aku and apak Ezry yang ke-7 tahun... Pejam celik pejam celik bergusti tinju bagai dah 7 tahun dah kawin... Alhamdulillah dikurniakan seorang arjuna yang kacak lagi hensem a.k.a Super Hero mama Ezry Harris sebagai pengikat kasih sayang kita... Tiada ucapan dan kata2 yang dapat digambarkan melainkan melahirkan rasa syukur atas kurniaan ini... Syukur alhamdulillah pada mu ya Allah...

Tipu la kalau dalam masa 7 tahun ini idup ktta aman damai rukun sokmo.. mesti ada edisi  perang besar, perang dingin dan masa2 bahagia.. kang nak stori kesah 7 tahun mmg tak cukup la kan..To my beloved darling and my other half ( feeling retis sikit ) ... Terima kasih atas segalanya... ku terima dirimu seikhlas hati & seadanya juge berusaha menjadi sebaik mungkin sebagai pelengkap hidupmu... setakat bebel + merajuk kejung mcm tu u dah biasa kan ..hahahhahaa.. takde la saje je tu... Terima Kasih kerana berusaha menjadi suami yang terbaik.. Terima kasih atas segala pengorbanan mu baik dari segi masa, harta dan duit ringgit utk keselesaan anak beranak.. Love u till the end Insya Allah.... This year sangat2 special walau pun kita tak der candle light dinner bagai tapi hadiah ini sangat2 bernilai....I really appreciate and sangat2 suka taw ( Suke gila )

Sepanjang Wedding kita ini lah rantai pertama yang awak belikan utk saya.. Terima kasih kerana tanpa sikit pun bantahan mahu pun memberi cadangan atas proposal saya... Suka sangat2 rantai leher yg x-clusive ni ( cewah poyo sangat )... Rantai tangan masa kawen dulu telah pun menemui kecederaan tapi nasib baik boleh repair lagi... cincin2 dari zaman percintaan +cincin tunag + cincin kawen sume dah tak muat tu yang hantau pi besaukan dengan harapan bole pakai balik... maklum la membesar bagai johan le katakan.... Alhamdulillah masih bernafas dan dapat hidup bersama2 abg walau abg selalu takde...  Semoga kita akan berjumpa di Jannah nanti.... Sob..sob..sob.. Love u so much....

MenitiArusKehidupanBersamamu....

Daisypath

Lilypie First Birthday tickers