Bersama Selamanya.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bertambah lagi Usiamu anakku......

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Iklan

Sunday, November 29, 2009

Ermmm bila nih....

Ermm huhuhuh.. dah lama tak menjengah kt blog ni ha.. maklumlah sibuk berehat.. dalam dok berehat2 ni terpikir gak bila agaknya smpai time nak deliver ni.. dah tak larat nak bawak berut yang semakin memboyot & berat ni huhuhu.. Cuti pun dah dekat 2 mg nanti bb kecik lagi dah kena kerja lak.. huhuhuh...
Errmm jap lg kul 2 kena pi cek up.. asik cek up jer la... part paling ngeri takut kena amik darah lg.. adus mmg sakit tak hingat punyer.. tp what to do.... hope this week la penantian berakhir.. tido pun dah tak lena.. pusing kiri salah.. kanan pun salah terlentang lg lah salahhh.. tak tau nk wat per dahhh.. cm ni rupernya saat2 akhir pegnen.. serba tak kena....

Wednesday, November 11, 2009

Senaman Untuk Memudahkan Bersalin ....


Hehehe... Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti. tp aku tak pernah pun cube lag hari ni baru nak try test huhuhuhu.. Ini sebenarnya panduan utk aku dah saper sajer yang berminat maklum la 1st time sume tak tau.. Naif betui aku nih... ok lasebenarnya adaBeberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin. so ini amat sesuei utk aku yang dah over 36 weeek ni.. Meh kita layanz....


Tailor Sitting


Kebaikannya
  • Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
  • Dapat memperbaiki postur badan.
  • Melembutkan sendi pelvic.
  • Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:
  • Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
  • Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
  • Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
  • Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
  • Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.


Pelvic rock



Kebaikannya:
  • dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
  • dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:

Kaedah
  • Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
  • Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
  • Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
  • Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

Wall slide



Kebaikannya:
  • Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

Kaedah:
  • Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
  • Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
  • Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
  • Naik ke atas semula.
  • Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
  • Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding

Tanda-Tanda nak bersalin.....


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Tuesday, November 3, 2009

Epal....


Al kisahnya dah tak der story nak post kt blog ni so aku dengan berbesar hati nak citer pasal buah epal nih.. Sebenarnya epal merah ni my MIL yang sangat la baik hati bekalkan kat aku setiap pagi.. Dia kata org pegnen elok mkn buah.. kalau ikutkan perasaan pemakan aku ni aku lebih suka grape dr epal tp tak kan nak ngada2 tahap gaban lak nak request grape .. So bersyukur je org dah susah payah kasi k..

So meh kita share story pasal buah epal nih :-

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

MenitiArusKehidupanBersamamu....

Daisypath

Lilypie First Birthday tickers